SUDUT MEMBACA


Di suatu ketika, Syaitan menjadikan KEJAHILAN sebagai kuda tunggangannya bagi menyesatkan anak Adam.
Kejahilan yang menjadikan manusia hidup dalam titik-titik buta pandangan dan pengetahuannya tentang kehidupan.
Justeru mengajar ilmu terutamanya ilmu agama, amat berguna pada membantu membina benteng keselamatan.
Tetapi di era lambakan ilmu pengetahuan dan maklumat ini, Syaitan juga mengemaskinikan modus operandinya.
Manusia melakukan kejahatan bukan lagi kerana tidak tahu.
Mereka tahu.
Syaitan menggunakan TEKANAN HIDUP sebagai kuda tunggangannya. Alat untuk mencapai tujuan yang sama, pada menyesatkan anak Adam.
Tekanan hidup, yang menghilangkan upaya kawal diri.
Menghimpunkan semua pemegang PhD, profesional, bijak pandai dan alim ulama’ di gelanggang yang sama.
Hilang kawalan diri.
Hilang Taqwa.

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra, Kajang