Sunday 16 October 2011

HISTORY AL-FALAH FC @ LEECH @ MELATI CF

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

History CF Sibling Al-Falah

  Bertapak dari Taman Melati ,Setapak Kuala Lumpur . Dengan izin Allah SWT bermulanya ikatan persahabatan dari kalangan sahabat² dari kecil hingga dewasa ini. Kebanyakkan pemain di sini telah lama mengenali antara satu sama lain . Cuma ada yang telah pergi dan ada yang baru mengenali melalui sahabat disini . Salam pengenalan dari kami kerana sudi bersama kami untuk bersahabat dengan kami dan seterusnya menyuburkan lagi pasukan ini untuk meneruskan aktiviti yang telah lama kami minati . 

 Kebanyakkan permain di sini telah lama bermain bersama dari tahun 2002-2003 di dalam D3 Kuala Lumpur dan seterusnya bermain di dalam Liga Damansara 2004-2005. Pencapaian terbaik pasukan ini adalah suku akhir di dalam liga Damansara pada tahun 2004.
 

 Kini 2011 , pasukan ini mula bergerak aktif dalam arena ini untuk mengeratkan lagi siratulrahim melalui sukan ini . Sasaran pasukan ini seterusnya untuk memasuki liga yang akan diketahui kelak. Dengan itu , nama CF Sibling Al-Falah diberi hasil ilham Mohd Fikri B. Fuzi dan Mohd Amir Jumrah B. Abdullah.

Zaman Kegemilangan.

 Pada tahun 1999 kebanyakkan sahabat dari pasukan ini telah bermain untuk pasukan Belia 4B Taman Melati menentang kelab Pengkalan Balak, Melaka. Ketika itu majoriti umur pasukan ini bawah 18 tahun manakala pasukan lawan pula bermain untuk D1 liga Melaka. Keputusan seri dan penentuan sepakan penalti menyebabkan Pasukan Belia 4B kalah kerana kekurangan pengalaman.

  Pada tahun 2002 di bawah kendalian Pasukan Kelab Sukan Bola Kuala Lumpur(KSBKL). Pada tahun tersebut , ramai sahabat dari pasukan ini (CF Sibling Al-Falah) telah bermain untuk Pasukan KSBKL waktu ketika itu. Kami telah membawa ramai bakat² muda untuk bermain dengan pasukan ini. Di bawah pengurusan sendiri(CF Sibling Al-Falah) ketika itu kejayaan kami menentang POS Dayabumi KL dengan keputusan 10-0.

 Pada Tahun 2005 . Pasukan ini telah mengadakan perlawanan persahabatan di antara AUTOKumpu (Kilang² sekitar Pasir Gudang) di Pasir Gudang, Johor. Banyak halangan kami tempuhi ketika itu sepanjang perjalanan ke sana. CF Sibling Al-Falah menang dengan keputusan 9-2.


Lagenda Bola Sepak CF Sibling Al-Falah 1999 - 2010

-Allahyarham Zainuddin (Din Welding) Penjaga Gol 1999 - 2003  <Terkenal dengan Fly>
-Roslan Mohd Ghazali (Lan) Penjaga Gol 2004-2006 <Terkenal dengan Kecekapan>
-Mohd Shah Pertahanan 2004-2005 <Walaupun berusia terkenal dengan ketangkasan>
-Khairul Azmin Bin Abdul Latif 1999 - Sekarang <Sblum masalah ini tkenal dengan hantaran jauh>
-Mohd Amir Jumrah (Mat) Tengah 2001 - 2009 <Sblum kecederaan ini. Banyak membantu pasukan>
-Mohd Hilman Ismail (Man) Penyerang 2002 - Sekarang <Sblum masalah ini jelmaan SuperMokh>

* Muda CF Sibling Al-Falah 2011

Muhammad Hakimi Abdullah (16thn)
Muhammad Azizul Johari (17thn) 
Qaiyum (20thn)
Azizul Tajuddin (21thn)

Pemain Bertaraf * CF Sibling Al-Falah 2011

Mohd Hilman - Bekas Pemain Remaja Malaysia (27thn)
Mohd Fazli Fuzi - Bekas Pemain Pos Malasysia (27th)
Mohd Hannan - Bomba Negeri Sembilan (25thn)
Mohd Najmi Ab Razak (25thn)
Firdaus B. Ahmad (26thn)
Sham Nor (31thn)

Perhargaan CF Sibling Al-Falah

 Perhargaan terima kasih kepada Hazrul Izraq yang banyak membantu pasukan ini di dalam Liga Damansara pada waktu itu . Banyak sumbangan yang telah beliau lakukan demi menjayakan pasukan ini. 

 Terima kasih tidak terhingga kepada Warung Kak Yan (Along) kerana menyediakan tempat CF Sibling Al-Falah berkumpul bagi btukar² pendapat dan pandangan . Disini jugalah bermula kembalinya CF Sibling Al-Falah pada tahun ini.

 Kerjasama yang baik dari Mohd Fikri Fuzi yang banyak menyediakan perlawanan persahabatan pada tahun ini.

*Jgn terasa kecil hati kepada yang lain .. Perhargaan untuk semua yang terlibat disini ..   Alhamdullilah ...

Full Name  :- CF Sibling Al-Falah

NickName :- CF S.Al-Falah / Leech

Founded :- 1999

Ground :- -

Owner :- Semua para sahabat di sini.

Manager :- Mohd Amir Jumrah Abdullah.

League :- -


Home Colour :- Black & Gold
Away Colour :- -
Third Colour :- -

(Sebelum bersara nak rasa juga mjadi juara Liga) Hahahaha ...

No comments:

Post a Comment